Sabtu, 08 Desember 2007

Trend Komputer Masa Kini


CAPAIAN INTERNET TERPANTAS.Pernahkah anda inginkan agar capaian laman Web dapat dipaparkan dengan pantas. Inginkah anda mencapai fail yang diingini agar dapat disalin dengan segera tanpa perlu menunggu lama semasa fail itu dipindah terima oleh komputer anda daripada Internet? Atau adakah anda ingin menonton video ataupun mengadakan persidangan video melalui komputer peribadi anda? Sekiranya anda pernah memikirkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, anda tentunya tertanya-tanya apakah teknologi yang sedia ada pada masa sekarang dan yang akan datang yang membolehkan anda membeli dan menikmati perkhidmatan tersebut.Pada masa sekarang cara yang paling pantas untuk mencapai Internet ialah dengan mendapatkan modem yang terpantas iaitu 56K (kilobyte sesaat). Tetapi tentunya anda tertanya-tanya sekiranya terdapat cara-cara lain untuk mendapatkan fail yang diingini dengan lebih mudah dan pantas. Jawapannya yang sebenar ialah ada, tetapi ia bergantung untuk apakah tujuan perkhidmatan Internet diperlukan oleh pengguna sebenarnya. Selain itu terdapat juga kelemahan-kelemahan dan faktor harga yang tinggi yang perlu dipertimbangkan jika anda inginkan capaian yang pantas. Bagaimanapun kesemua cara-cara yang boleh mencepatkan capaian laman Web dan kelemahannya akan dibincangkan dibawah ini untuk pengetahuan anda semua.Pada masa sekarang, sekiranya anda inginkan capaian kepada Internet, pilihan anda sebagai pengguna persendirian hanyalah dengan menggunakan modem yang mempunyai capaian yang tertinggi. Pada masa ini standard modem 56K (kilobyte sesaat) telahpun diluluskan untuk diterima pakai di Amerika Syarikat berdasarkan standard V90 oleh Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa - ITU (International Telecommunication Union) . Bagaimanapun sekiranya seseorang pengguna mempunyai modem 56K, capaian maksima modem tidak dapat melebihi kelajuan modem di sebelah Pembekal Khidmat Internet (ISP-Internet Services Provider) Oleh itu sekiranya Pembekal Khidmat Internet (ISP ) masih menggunakan modem 33.6 disebelah talian mereka, capaian terpantas masih kekal pada 33.6K.Tahap capaian yang ada bagi pasaran tempatan di Malaysia adalah modem yang mempunyai capaian 56K (kilobyte sesaat). Ini adalah setanding dengan Pembekal Khidmat Internet (ISP) lain di seluruh dunia dan adalah modem terpantas yang boleh disambungkan kepada talian jaringan awam PSTN (Public Service Telephone Network). Walaubagaimanapun sekiranya Pembekal Khidmat Internet (ISP) masih menggunakan modem yang lebih rendah daripada 56K, penggunaan modem 56K dikatakan masih dapat membantu mengurangkan sedikit masa capaian kerana modem ini mempunyai aturcara yang lebih berkesan dan tindakbalas yang lebih pantas. Ini memberikan sambungan capaian yang lebih baik.Oleh itu sekiranya anda menggunakan modem 56K, ini bererti anda akan menikmati capaian yang lebih pantas apabila kesemua Pembekal Khidmat Internet (ISP) telah selesai menaikkan taraf modem mereka. Penggunaan modem luaran juga boleh memberikan capaian yang lebih pantas daripada modem dalaman. Ini adalah kerana modem dalaman akan menggunakan sebahagian dari Unit Pemprosesan Pusat (CPU - Centre Processing Unit) untuk memproses data mereka. Modem ini yang juga dikenali sebagai WINMODEM banyak digunakan dalam modem dalaman yang murah. Oleh itu untuk komputer yang kurang kuasa CPU, seeloknya menggunakan modem luaran walaupun ianya lebih mahal. Bagaimanapun, kelemahan modem 56K ialah anda perlu berada pada jarak yang hampir dengan ibusawat telefon untuk menikmati keupayaan penuh modem 56K. Tambahan lagi tahap keupayaan maksima talian jaringan awam PSTN (Public Service Telephone Network) terhad pada kadar maksima 9.6K (kilobyte sesaat).Selain itu, anda juga boleh memampatkan (compress) fail yang hendak dipindah hantar dan terima dengan menggunakan sebarang program seperti PKZIP, LHARC, WINZIP dan ARJ. Aturcara-aturcara ini boleh memendekkan masa yang diambil untuk menghantar atau pindah menerima dengan menggunakan modem. Bagaimanapun kelemahannya adalah :-Aturcara yang sama diperlukan untuk memampat atau mengembangkan fail sasaran. Contohnya sekiranya anda memampatkan fail dengan menggunakan aturcara PKZIP, anda tidak dapat mengembalikan fail itu dengan aturcara ARJ dan begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun kini telah terdapat aturcara yang dapat memproses fail yang dimampatkan dengan beberapa format yang biasa. Ini dapat membantu pengunaan aturcara pemampatan dengan lebih meluas pada masa akan datang.Aturcara pemampat ini hanya sesuai untuk fail data dan tidak banyak menolong bagi fail aturcara. Ini adalah kerana program aturcara sudah padat dan tidak banyak dapat dimampatkan lagi.Kebanyakan aturcara perhubungan eletronik telahpun memampatkan data ketika menghantar fail melalui modem. Oleh itu pemampatan tidak lagi dapat menjimatkan banyak masa.Anda hanya dapat memindah terima data yang telah dimampatkan. Sekiranya fail di Internet itu tidak dimampatkan terlebih dahulu, tiada penjimatan masa berlaku.Proses pemampatan dan pengembangan fail menambah masa terbuang sebelum anda dapat menggunakan fail tersebut. Talian disewa ataupun litar suwa (Lease line) juga boleh membekalkan sambungan jalur lebar dengan keupayaan penyaliran data pada kadar tinggi bagi pengguna Internet ataupun untuk pemindahan data yang banyak seperti persidangan video ataupun data syarikat. Talian gentian optik (fiber optik) pula mempunyai daya sambungan yang lebih tinggi tetapi keduanya ini masih mempunyai kebaikan dan keburukan yang hampir serupa. Dengan keupayaan sambungan jalur lebar dan talian khusus, kedua-dua cara ini membolehkan pertukaran maklumat yang banyak dalam masa yang singkat, tiada masa mendail terbuang dan cubaan sambungan adalah terjamin tanpa bertembung dengan nada sibuk. Keburukannya adalah :-Kadar sewaan yang tinggi. Oleh itu ia hanya sesuai untuk syarikat-syarikat besar sahaja pada masa sekarang. Kadar sewa bergantung kepada keupayaan talian yang disewa.Perkhidmatannya tertakluk kepada kesediaan talian semasa. Sekiranya tiada talian yang kosong, pemasangan talian baru akan mengambil masa yang agak lama dan lebih mahal. Talian ISDN dan DSL (Talian Penyewa Berdigital/Digital Subscriber Line) boleh digunakan bagi pengguna yang memerlukan sambungan jalur lebar yang tinggi untuk pertukaran maklumat yang banyak seperti persidangan video ataupun menonton filem dengan permintaan (video on demand). Talian ISDN mempunyai keupayaan sambungan sehingga 128K. Bagi talian DSL terdapat pelbagai jenis iaitu bagi DSL biasa yang mempunyai daya sambungan pada 60K, ADSL Ringan (Asynchronous Digital Subscriber Line Lite) yang mempunyai keupayaan 1.5MB, ADSL biasa dan xDSL. Bagaimanapun kesemua ini tertakluk kepada :-Kadar sewaan yang tinggi. Oleh itu ia hanya sesuai untuk syarikat-syarikat besar sahaja pada masa sekarang.Perkhidmatan ini hanya terdapat di bandar-bandar besar sahaja. Bagi perkhidmatan ADSL ianya terhad kepada jarak 3.4 batu dari stesen ibusawat.Pemasangan yang sukar untuk sambungan kepada komputer. ISDN dan ADS memerlukan peralatan tambahan. Cara di atas menjadi pilihan kerajaan Amerika Syarikat bagi menjayakan wawasan Internet2 mereka. Di bawah rancangan ini, sebanyak 160 buah institutisi pembelajaran peringkat tinggi disambungkan dengan talian ISDN bagi mendapatkan capaian Internet yang pantas dibawah Kerjasama Universiti untuk Memajukan Internet yang Maju (University Corporation for Advanced Internet Development - UCAID). Antara mereka yang terlibat adalah Dr Vinton Cerf. Akan tetapi sambungan Internet ini adalah terhad kepada pelajar institutisi tersebut dan tidak dibuka kepada orang ramai pada masa ini. Ia hanyalah dianggap sebagai satu projek perintis buat masa ini.Selain mendapatkan sambungan jalur lebar, anda juga boleh mendapat modem 56K yang mempunyai keupayaan mengendalikan dua talian serentak. Cara modem ini berfungsi ialah dengan mengapuh 2 talian dail dan melakukan pindah terima fail secara serentak. Oleh itu keupayaan sambungan, secara theorinya, bagi modem 56K ialah 112K. Terdapat 2 cara modem ini berkerja. Cara pertama dipanggil MLPPP (Protokol Beberapa Sambungan Hujung ke Hujung/MultiLink Point to Point Protocol.) Ini merupakan variasi kepada Protokol Hujung Ke Hujung (Point to Point Protocol) yang hanya mampu mengendalikan satu talian. Cara ini memerlukan Pembekal Khidmat Internet menyokong MLPPP. Contoh modem yang berupaya melakukan ini adalah Netopia Internet Router www.netopia.com.Cara kedua pula bertindak dengan menggunakan teknologi persendirian (proprietary) yang mampu mencapai laman Web dengan pantas dengan cara memecahkan laman Web itu kepada beberapa bahagian kecil dan menghantarkannya melalui dua talian itu secara berasingan. Cara ini tidak memerlukan Pembekal Khidmat Internet menyokong MLPPP. Contoh modem yang berupaya melakukan ini adalah Ramp Networks di www.rampnet.comBagaimanapun cara ini tertakluk kepada beberapa syarat iaitu :-Anda memerlukan modem yang khusus untuk pengendalikan 2 talian telefon secara serentak.Anda memerlukan 2 talian telefon.Cara ini hanya berkesan untuk memindah terima laman web yang terdiri daripada banyak fail yang bersaiz kecil, tetapi tidak memberi apa-apa kebaikan bagi memindah terima satu fail yang bersaiz besar.Ia memerlukan talian yang mampu mengendalikan modem 56K. Tidak sesuai untuk talian PBX.Modem ini memerlukan masa mendail selama 20 saat sebelum talian dapat dikekalkan.Cara ini memerlukan Pembekal Khidmat Internet menyokong 2 talian bagi bagi MLPPP. Terdapat juga syarikat di Amerika Syarikat yang memberikan capaian pantas melalui satelit. Kelemahan cara ini adalah kerana capaian melalui satelite hanya boleh digunakan untuk memindah terima maklumat satu hala daripada Internet. Untuk memindah hantar, pelanggan perlu menggunakan talian telefon biasa mereka. Bagaimanapun terdapat ura-ura untuk memajukan teknologi bagi membenarkan pemindahan hantar kepada satelite, tetapi ini masih dalam peringkat cadangan. Akan tetapi rangkaian satelite mempunyai masa depan yang cerah kerana rancangan telahpun diatur untuk memajukan protokol ini untuk mengendalikan Internet bagi sistem suria. Sebagai contoh, sudah terdapat cadangan untuk memajukan sistem rangkaian Internet ke planet Marikh sebagai persediaan apabila planet Marikh diduduki. Oleh kerana jarak terdekat antara planet Marikh ke bumi adalah sejauh 34.6 juta batu, iaitu bersamaan 3 minit kelajuan cahaya ataupun 20 minit pada ketika jarak terjauh, protokol Internet yang dapat mengendalikan masalah itu telah pun dibincangkan pada masa sekarang. Samaada ini akan menjadi kenyataan masih belum dapat dijangkakan.Cara lain bagi capaian Internet dengan pantas adalah pengaliran data melalui kabel televisyen. Perkhidmatan ini hanya sesuai di kawasan yang telahpun mempunyai liputan kabel televisyen yang sedia ada seperti di Amerika Syarikat dan tidak mungkin akan dilaksanakan di kawasan baru sepertimana yang terdapat di Malaysia. Ini adalah kerana kos pemasangan kabel yang tinggi dan juga disebabkan persaingan hebat oleh saluran-saluran lain sebagai cara untuk menyalurkan data kepada pengguna. Pada tahun 1998, di Amerika Syarikat hanya terdapat 100,000 pelanggan untuk perkhidmatan ini.Mendapatkan aturcara yang boleh memindah terima laman Web dengan keupayaan menyimpan (cache) pada cakera keras tempatan (local hard drive.). Aturcara ini lebih dikenali sebagai pelayar tanpa talian (offline browser), contohnya seperti Anawave Websnake di http://www.anawave.com. Cara ia berkerja adalah dengan memindah terima semua laman Web yang mempunyai sambungan (link) kepada laman Web yang anda sedang baca sekarang. Oleh itu, apabila anda memilih sambungan yang seterusnya, laman Web di sambungan itu sudah pun tersedia pada cakera keras tempatan untuk ditayangkan pada skrin komputer anda dengan lebih pantas. Ini akan memberikan gambaran bahawa anda dapat melayari Internet dengan pantas walaupun apa yang terjadi sebenarnya adalah anda sedang mencapai maklumat daripada cakera keras tempatan. Bagaimanapun aturcara ini tidak dapat banyak membantu sekiranya anda hanya membaca setiap laman Web yang tertera di skrin kurang daripada 1 minit disebabkan maklumat sambungan yang diperlukan masih belum dipindah terima sepenuhnya. Oleh itu anda masih perlu menantikan pemindahan terima laman Web yang seterusnya.Sekiranya anda selalu melawat laman Web yang sama, terdapat juga aturcara yang boleh membantu untuk memberitahu anda samaada laman Web itu telah dikemaskini ataupun belum untuk membantu komputer anda membuat keputusan samaada untuk mencapai laman Web itu untuk maklumat terbaru, ataupun mengambil laman tersebut daripada salinan di pemancu keras tempatan. Oleh itu anda hanya perlu melawat laman Web itu sekiranya terdapat maklumat yang bertukar selepas tarikh lawatan terakhir anda kesana. Aturcara ini bekerja di latar belakang dan hanya memberitahu anda apabila laman Web kesukaan anda telah dikemaskini. Contoh aturcara pemberitahu (Notifiers) adalah Netbuddy ataupun BlackWidow di http://www.softbytelabs.com/files/BlackWidow.exe Untuk maklumat lanjut berkenaan pelayar tanpa talian dan aturcara pemberitahu anda boleh pergi ke Tucows di http://shareware.netscape.com/computing/shareware/PC/TitleList/0,279,0-37-46-b-3,00.html ataupun di http://tucows.eunet.fi/offline95.html dan juga di Download.com http://www.download-zone.com/win95/offline.htmlAnda juga boleh menukar tatarajah (configuration) aturcara pelayar (browser) anda kepada menterakan teks sahaja pada skrin anda. Dengan memilih hanya menayangkan teks tanpa gambaran pada skrin anda anda juga dapat mempercepatkan capaian pada laman Web. Bagaimanapun ini tidak dapat memberi kepuasan kepada sesetengah pengguna kerana hanya tulisan sahaja dipaparkan di kaca skrin tanpa gambar. Juga pada sesetengah laman Web, aturan teks yang tertera juga menjadi agak kelam-kabut dan menyusahkan untuk dibaca. Tetapi cara ini adalah cara paling mudah bagi kebanyakan orang.Aturcara pelayar (Web Browser) juga boleh ditukarkan kepada aturcara pelayar yang lebih kecil saiznya contohnya Neoplanet di http://www.neoplanet.com ataupun Opera di http://www.operasoftware.com. Ia dapat mempercepatkan pencapaian data dari Internet dan merupakan pilihan yang mudah dan murah. Aturcara pelayar ini boleh dipindah terima daripada Internet dan pengguna mempunyai pilihan samaada untuk membeli ataupun mendapatkan aturcara pelayar yang percuma (public domain) mengikut pilihan mereka. Bagaimanapun sesetengah pilihan (options) HTML yang terbaru mungkin tidak disokong oleh aturcara pelayar ini. Ini akan memberikan paparan laman Web yang berlainan sedikit daripada apa yang dimaksudkan oleh pengarang laman Web tersebut.Teknologi tercanggih di masa ini bagi mempercepatkan capaian ialah capaian melalui talian eletrik. Teknologi ini dimajukan oleh Canada's Northern Telekom (Nortel) dan Britain's United Utilities mungkin akan mengubah arah laman Web. Teknologi ini boleh mencapai pengaliran data sehingga 10 kali lebih pantas dari capaian yang tersedia bagi pengguna Internet persendirian masa kini. Pencapaian ini boleh membekalkan capaian Internet terpantas bagi semua pengguna yang sudah pastinya akan membawa zaman baru kepada capaian Internet. Dengan kelajuan pencapaian yang tinggi, perkembangan Internet akan melambung lebih tinggi dan meluas lagi.Pasaran sasaran bagi perkhidmatan ini adalah di Eropah dan Asia Pasifik tetapi tidak meliputi Amerika Syarikat. Ini adalah disebabkan oleh perbezaan sistem penghantaran. Teknologi baru ini akan menghapuskan herotan yang disebabkan oleh arus eletrik bagi penghantaran data tetapi masih belum dapat digunakan bagi penghantaran isyarat suara. Oleh itu ia tidak dapat mengambil-alih perkhidmatan telefon sepenuhnya. Pelanggan akan dapat menggunakan perkhidmatan ini dengan menggunakan kad laluan (access card) yang bernilai lebih kurang 200 pound.Kebaikan teknologi ini adalah :-Talian letrik sudah sedia ada pada setiap rumah. Oleh itu kos penyediaan kemudahan asas dan pemasangan kepada rumah ke rumah adalah minima.Kadar penghantaran data yang tinggi.Pemasangan yang mudah. Keburukan teknologi ini adalah :-Harga kad laluan yang tinggi.Baru. Tiada keyakinan bagi pembeli untuk memilikinya.Tiada liputan di Amerika Syarikat boleh mengurangkan minat pelabur untuk melabur bagi peningkatan mutu perkhidmatan di masa-masa akan datang.Terdapat rintangan dari syarikat perhubungan dan komunikasi bagi membenarkan syarikat eletrik membekalkan perkhidmatan seperti ini. Ini disebabkan perkhidmatan ini merupakan satu saingan.Tiadanya maklumat terperinci tersedia kepada orang awam.Berdasarkan kepada maklumat di atas anda sudah tentunya dapat membuat keputusan mengenai kaedah mana yang terbaik bagi diri anda. Oleh itu selamat mencuba.- Tamat -

Tidak ada komentar: